𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐈𝐂𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐒𝐄𝐌𝐈𝐓) 𝐊𝐄-𝟏𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Tarikh: 2023-06-07

SEMIT 2023 yang bertemakan "𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺: 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗞𝗶𝘁𝗮" dianjurkan sebagai anjakan paradigma dalam era transformasi digital khususnya sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Matlamat seminar ini adalah untuk mewujudkan satu pentas bagi perbincangan serta perkongsian teknologi dan inovasi ICT yang terkini bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan melalui inovasi ICT.